Bicara Siswa


Isnin, 16 Februari 2009

Honda Malaysia Potong Harga Civic Hybrid

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan satu versi kereta Civic Hybrid yang ditambah baik dengan menetapkan harga yang lebih murah.

Harga kereta Civic Hybrid baru itu ditetapkan RM129,980, yang merupakan 20 peratus lebih murah daripada harga sebelum ini, selepas diambil kira insentif cukai bagi kenderaan hibrid seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2009, kata syarikat itu di dalam satu kenyataan hari ini.

Honda Malaysia berkata ia menyasarkan untuk menjual 300 unit kereta itu pada tahun ini.

"Dengan adanya ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos kehidupan, para pengguna lebih sensitif terhadap turun naik harga bahan api," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Atsushi Fujimoto.

"Wujud juga keperluan mendadak untuk mempromosikan teknologi alam sekitar yang lebih canggih yang lebih efisien bahan api yang mengeluarkan bahan berbahaya yang rendah bagi memperlahan perubahan iklim. sebagai pengilang kereta, adalah menjadi tanggung jawab kami untuk memulihara alam sekitar dan meminimumkan pengeluaran bahan berbahaya ke udara," katanya.

Sistem hibrid di dalam Civic Hybrid mendapat kuasa dari satu enjin yang dibantu motor elektronik yang direka bentuk lebih kompak dan efisien, kata syarikat itu.

Sejak pengenalannya, Civic Hybrid telah menerima permintaan yang baik di seluruh dunia, dengan jualan terkumpul lebih 250,000 unit.

Tiada ulasan: