Bicara Siswa


Ahad, 15 Februari 2009

Pusat Data Hijau & 4M

KEPERLUAN terhadap teknologi sebenarnya turut memberi kesan terhadap alam sekitar akibat penggunaan tenaga yang berlebihan lantas mengakibatkan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon sepertimana yang diwar-warkan dalam kempen Hari Bumi.

Pusat data adalah kemudahan untuk menempatkan sistem komputer dan komponen yang berkait dengannya seperti unit pemprosesan, sistem pelayan, PC, alat mencegah kebakaran, sistem penyejuk, storan, pembekal tenaga tidak terganggu (UPS) dan unit pengedaran tenaga (PDU).

Menurut Gartner, menjelang 2009, kos tenaga dikatakan bakal menjadi kos kedua tertinggi (selepas kos buruh) dengan penggunaan 70 peratus seluruh dunia. Oleh itu, perancangan yang tidak teliti dan tanpa kajian mampu meningkatkan kos operasi, pembaziran waktu dan tenaga.

Mckinsey berpendapat, walaupun teknologi maklumat (IT) semakin canggih dengan kecekapan teknologi tenaga namun menjelang 2020 tetap berlaku pelepasan karbon dioksida (Co2) sebanyak tiga peratus di seluruh dunia yakni melebihi dua kali ganda pelepasan Co2 di United Kingdom.

Di atas kesedaran masalah pemanasan bumi di seluruh dunia, APC by Schneider Electric (APC) antara peneraju teknologi perkakasan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) antarabangsa memperlihatkan usaha memulihara alam sekitar daripada terus tercemar akibat pengeluaran haba yang berlebihan.

Atas inisiatif itu, APC membina pusat datanya yang mesra alam dikenali sebagai APC Energy Efficient Solutions Center pada 3 April 2008 yang lalu.

Pusat data yang pertama di Asia Tenggara itu terletak di Techpoint, Ang Mo Kio, Singapura di atas tapak seluas 25,000 meter persegi.

APC Energy Efficient Solutions Center diperkukuhkan dengan pem
binaan pusat data APC InfraStruXure, sistem pengurusan bangunan TAC, sistem pemantau tenaga Schneider Electric dan sistem pengawasan cahaya CLIPSAL.

Penasihatnya, David Blumanis berkata,
penubuhan pusat data ini bersandarkan kepada prinsip kecekapan tenaga menerusi prinsip 4M iaitu measure (menyukat), manage (mengurus), model (mengawal) dan monetize (memerhati dan menjana keuntungan).

"APC dalam usaha menyediakan perkhidmatan pusat data yang berkonsepkan tenaga dan penyejukan kerana ia mampu membantu menjimatkan kos tenaga sehingga 30 peratus dan tahan lasak," katanya sewaktu persidangan bersama media di Asia Pacific Editors Event 2008.

Usaha APC ini membabitkan 72 peratus
tenaga kerja yang digunakan namun masih mampu melakukan penjimatan sebanyak 30 peratus. Manakala Co2 mampu dikurangkan sebanyak dua peratus.

Berdasarkan kajian IDC, dalam jangkamasa lima tahun akan datang, kos pembekalan kuasa dan penyejukan pusat data yang sedia ada dikatakan berkembang empat kali ganda berbanding tumpuan ke atas pertumbuhan pusat data yang baru iaitu sebanyak 11.2 peratus.

APC beranggapan pengurusan kapasiti kuasa dan penyejuk merupakan kunci ke arah kecekapan tenaga dan kepercayaan kerana krisis tenaga diseluruh dunia hari ini melibatkan pusat data.

Secara lazimnya, infrastruktur kuasa dan penyejukan pusat data mampu menghasilkan 60 juta megawat sejam setahun. Hal ini adalah satu pembaziran dari segi kewangan dan memberi impak yang besar kepada alam sekitar.

Akan timbul pelbagai persoalan berkaitan cara mengurus pusat data yang membabitkan semua perkara antaranya perkakasan yang diperlukan untuk pusat data, cara untuk memastikan penyejuk dan tenaga kuasa agar sentiasa memenuhi keperluan pusat data.

Oleh itu, APC memperkenalkan APC Trade Off Tool dan APC Change and Capacity Manager.

Secara amnya, APC Trade Off Tool dikategorikan sebagai pemahaman secara imperikal tentang impak keputusan yang dibuat mengenai reka bentuk dan tahap konfigurasi sebelum memulakan pembinaan.

Manakala, APC Change and Capacity Manager adalah perisian untuk menyusun atur operasi dan menjalankan pemerhatian ke atas pusat data.

"Pusat data hijau adalah pusat data yang cekap tenaga. Jika kita mampu mengawal dan mengatur pusat data dengan baik, bermakna kita juga bijak mengawal kos operasi.

"Tidak menjadi masalah bagi sebuah syarikat yang menginginkan pusat data yang terbaik kerana APC diperkukuhkan dengan kelengkapan sedia ada sebagai permulaan iaitu perisian untuk konfigurasi dan reka bentuk pusat data; perisian untuk mengawal dan pengurusan operasi; dan penyediaan fizikal infrastruktur pusat data," katanya.


FAKTA PERKEMBANGAN DATA (dipindah atau disimpan):

  • Sepanjang 2003, sebanyak 27 juta orang melawat Menara Eiffel, Piramid, Acropolis, bangunan Coliseum, Taj Mahal, Red Square, Pangkalan Sydney, Istana Buckingham dan Gunung Fuji.
  • Di India pada tahun 2007, sebanyak 200 juta orang merupakan pelanggan baru yang melanggan khidmat telefon.
  • Lebih daripada 77 juta Smartphones dijual selama tiga bulan iaitu 891 seminit dan 14 saat
  • Tiga peratus pelepasan karbon di seluruh dunia menyamai dua kali ganda pelepasan karbon di United Kingdom menjelang tahun 2020.
  • Sepanjang 2006, manusia mencipta 161 exabite data bersamaan dengan tiga juta maklumat yang ditulis dalam sebuah buku.
  • Cisco menganggarkan video Internet mengalami trafik tiga kali ganda berbanding pada 2006.
  • 10 tera wat hasil daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang digunakan di bumi, 0.5 peratus

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I hardly comment, however after reading through a few of the responses on "Pusat Data Hijau & 4M".
I actually do have a couple of questions for you if you do not mind.

Could it be only me or does it look like like some of these
comments appear like they are written by brain dead people?
:-P And, if you are posting on additional sites, I would like to follow you.
Would you make a list of all of all your social community sites like
your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?

Feel free to surf to my website: Raspberry Ketones