Bicara Siswa


Selasa, 3 Mac 2009

Snoop Dogg rancang masuk Islam?

ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam.


Snoop Dogg


Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah.

Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali.

Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu.

"Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya.

Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu.

Tiada ulasan: