Bicara Siswa


Selasa, 3 Mac 2009

Nuklear Britain diancam

LONDON - Ibu pejabat pertahanan nuklear Britain berada dalam kedudukan tidak selamat berikutan keupayaan pihak pengganas meneroka kawasan itu menerusi program Google Earth di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.


IMEJ Google Earth ini menunjukkan pangkalan kapal selam nuklear Britain di Faslane, Scotland.



Google Earth yang boleh diakses secara percuma di Internet turut memaparkan imej jarak dekat pangkalan tentera laut Britain yang dianggap sulit.

Selain itu, imej satelit itu juga memaparkan garis longitud dan latitud lokasi tempat pasukan kapal selam Trident berkeupayaan nuklear ditempatkan di Faslane, Scotland.

Pakar ketenteraan memberi amaran bahawa kemudahan itu membolehkan pengganas melancarkan serangan dengan mudah.

"Serangan terhadap kemudahan nuklear Britain menyebabkan kemusnahan besar.


"Pengganas boleh meninjau pangkalan dan mempelajari selok-belok bagi memastikan kemusnahan maksimum," katanya.

Program itu turut memaparkan pelabuhan Tentera Laut Clyde yang menempatkan stor senjata nuklear.

Britain mungkin berhadapan krisis berikutan pejabat ejen perisikan MI6 dan pusat latihan SAS turut dipaparkan di Internet.

Satu sumber memberitahu, kerajaan Britain perlu menyekat imej sensitif ketenteraan bagi tujuan keselamatan anggota dan negara.

Dua tahun lalu, kerajaan Britain mendesak Google mengaburkan imej pangkalan tenteranya di Basra, Iraq selepas seorang pengganas ditangkap bersama peta Google Earth di Shatt Al-Arab.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Britain semalam berkata, pihaknya sukar mengekalkan keselamatan di seluruh pangkalan tentera miliknya.

Tiada ulasan: