Bicara Siswa


Jumaat, 6 Mac 2009

Krisis Gerakan Mahasiswa Era-21

Daripada Aktivis Mahasiswa

Kini perlu diakui bahawa Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) telah ketandusan figure atau ikon masa depan untuk membawa agenda mahasiswa akan datang. Ini diakui oleh aktivis mahasiswa dalam Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kebiasaannya pelopor atau figure bagi gerakan mahasiswa Islam ini dikuasai oleh pimpinan mahasiswa dalam satu aliran universiti. Apa yang dimahukan ialah, kepelbagaian variasi kepimpinan mahasiswa untuk sama-sama membawa gelombang perubahan di Malaysia.

Pimpinan mahasiswa perlu mengkaji sistem tarbiyah yang acap kali dikaitkan dengan "the end of product". Mungkin pemerintah telah berjaya membentuk persekitaran "ketakutan" untuk gerakan mahasiswa pergi lebih jauh. Perkara ini penting untuk difikirkan bersama untuk menjadikan gerakan mahasiswa Islam itu tidak mati. Aplikasi teori dan praktikal di medan menjadikan latihan kepada mahasiswa untuk membentuk jiwa yang iltizam dan kental.

Permasalahan utama bagi mahasiswa di Malaysia ialah dibelenggu dengan kepentingan akademik, keluarga dan masa depan. 3 elemen inilah yang menjadikan mahasiswa islam berkira-kira untuk memacukan gerakan mahasiswa ini lebih jauh. Selain itu, golongan mahasiswa ini selain itu mengalami masalah konflik diri yang bersifat dalaman. Akhirnya, keluaran mahasiswa yang dilahirkan adalah yang bersifat "kerja belakang tabir" dan runner yang bersifat teknikal. Menjadi pemimpin yang berdepan masih menjadi angan-angan dan igauan.

Penentuan sikap terhadap kelompak dan entiti bagi yang mendokong dan penyokong gerakan ini perlu dilakukan segera. Jika tidak, gerakan mahasiswa islam akan mati 2 tahun akan datang. Di Indonesia, kefahaman tentang gerakan mahasiswa islam ini disebarluaskan diseluruh warga kampus sehingga apabila mobilasi mahasiswa ke demostrasi. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi, mungkin adalah disebabkan pernah berlaku kematian mahasiswa di jalan raya demi memperjuangan isu rakyat seterusnya meniupkan semangat mahasiswa untuk bangkit bersama memeperjuangkan isu rakyat.

Namun di Malaysia, ia berbeda sama sekali. Jikalau seorang mahasiswa yang ditangkap polis atau terbunuh, lebih ramai yang hanya melontorkan pandangan simpati berbanding yang bangkit bersama. Ramai juga yang memeperlekehkan perjuangan gerakan mahasiswa yang tak ubah seperti "anjing yang menyalak di atas bukit". Inilah sikap dan sifatnya. Sampai bila mahasiswa kita perubahan ini akan berlaku?

Kita mengakui kehebatan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa di kampus. Pembinaan karier politiknya bermulanya di medan kampus. Mobilasi. Berucap. Inilah modus operandi yang dilakukan DSAI semasa di kampus dan di aplikasi semasa berada di pakatan Rakyat. Bukan taksub akan dirinya, cuba menyakini pimpinan mahasiswa tentang kepentingan berada dalam gerakan mahasiswa.

Hakikatnya, hanya 15% mahasiswa yang peka dengan keadaan semasa berbanding 75% mahasiswa yang lain berada dalam dunia masing-masing. menjadi sunnah, kelompak seperti ini sedikit, moga ia mampu mengegarkan dunia sepertimana dalam buku Tipping Point oleh Malcom Maxwell yang menyatakan perkara yang kecil boleh menjadi besar jika yang diulang acapkali. bangkitlah mahasiswa Islam. Jangan biarkan gerakan ini mati kerana perjuangan ini tak pernah tamat.

Tiada ulasan: