Bicara Siswa


Jumaat, 6 Mac 2009

SMSBM kerah mahasiswa turun Sabtu ini

Dipetik Daripada Blog Pro Mahasiswa UM

Fak Ekonomi, 3 Mac , 9.30 pm: Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu(SMSBM) mengajak mahasiswa turun ke Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 7 Mac ini.

SMSBM sebelum ini mengadakan sidang media menyatakan pendirian mereka menyokong agenda nasional pejuang bahasa melayu membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI).

Pengerusi SMSBM saudara Syafie ketika ditemui berkata mereka akan memobilisasi mahasiswa untuk turun ke perhimpunan sabtu depan.

"kita akan memberi sokongan kepada gerakan mansuh PPSMI sehinggalah kerajaan sedar akan kesilapan mereka. Sabtu ini kita akan turun beramai-ramai. Kita golongan mahasiswa tidak sanggup melihat kesilapan pemimpin hari ini akan memberi impak yang buruk kepada generasi akan datang." Jelasnya.

Syafie ketika ditemui baru selesai mengadakan mesyuarat berkenaan himpunan Sabtu ini. -END



JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huagrh...bosan2...igt kami ni tentera ke nk kerah2?yg kerah tu jeneral kah?hahahaha....