Bicara Siswa


Jumaat, 6 Mac 2009

Bercinta boleh, berpolitik tidak…

Daripada Blog Pro Mahasiswa USM
Dalam mesyuarat ProM Media Council awal malam tadi, saya berasa kagum dengan suatu pengalaman yang diceritakan oleh seorang freshes ketika sibuk menjalankan tugas-tugas kewartawanan di Kampus Sejahtera USM pada petang tadi.


Beliau telah didatangi oleh seorang senior yang mukanya saling tak tumpah seperti Ketua Aspirasi USM, Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat.

Cuma, senior tersebut berkaca mata, sedangkan Che Mat sebaliknya.

Lagi pun, senior tersebut mengakui dirinya adalah pendokong tegar Aspirasi, bukannya Che Mat. Sebab itu, beliau berpandangan sedemikian.

Senior tersebut telah menghalang beliau mengambil gambar dan membuat liputan di Aspirasi Corner (di Pasar pelajar). Lalu, freshes Suara Mahasiswa (SM) tersebut secara sopan bertanya, mengapakah Saya dilayan sedemikian rupa?

“Orang datang Universiti untuk belajar, (ka)mu datang Universiti untuk berpoooooolitikkk?” herdik Senior Aspirasi tersebut.

Lalu junior SM ini pun bertanya, “…akak di sebelah abang tuuu siapa….?” senyum junior SM tersebut.

“Kalau Aku cakap dia (siswi senior) ini girlfriend aku, apa kau nak buat? Berdakwah? Sebar risalah fitnah?” sindir Senior Aspirasi tersebut.

“Jadi…abang bercinta lah eehhh?” tanya junior SM itu lagi.

Senior Aspirasi tersebut serbah salah. Akhirnya, mengangguk isyarat setuju.

Junior SM tersebut dengan penuh sopan mempersoalkan bahawa mengapa senior Aspirasi tersebut bercinta, sedangkan tujuan dan matlamat datang ke Universiti adalah untuk mendalami ilmu pengetahuan dan mendapat segulung ijazah semata-mata. Senior Aspirasi tersebut terus kelu dan bertambah malu di depan girlfriend-nya.

Saya sendiri bertanya, mengapa ada dalam kalangan kita yang sepatutnya fokus pada belajar; tetapi terjebak dalam percinta? Lebih parah, cinta buta yang tidak kenal Tuhan dan hanyut di ranjang perzinaan.

Walaupun sedemikian, tidak ada Universiti; AUKU (Akta Untuk Kuatkan Umno); segelintir staff BHEP atau Ketua Aspirasi sendiri bangkit menentang mahasiswa yang bercinta di kampus demi memastikan mereka hanya menumpukan perhatian dalam pembelajaran di kuliah dan makmal tutorial semata-mata.

Mengapa mereka tidak menghalang? Jawapannya sudah pasti cinta itu adalah fitrah dan keperluan manusia.

Maka, tidak bolehlah dianggap seseorang itu tidak belajar di kampus walaupun seseorang itu bercinta. Mereka tetap belajar kerana belajar adalah profesion dan aktiviti rasmi mereka, sedangkan cinta datang dan subur sebagai keperluan dalam hidup mereka sehari-sehari.

Sebenarnya kepentingan-kepentingan mahasiswa bukan sahaja bercinta, tetapi mengabdikan diri kepada Tuhan; mewakafkan diri pada perjuangan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a.hum; mentaati perintah ibu bapa; menghormati NC/TNC/Dekan/Pensyarah dll; membantu insan-insan susah-daif dan sebagainya.

Mahasiswa tetap melaksanakan kepentingan-kepentingan di atas walaupun dalam masa yang sama mereka masih dalam tenure pengajian di kampus; kerana itu keperluan dan fitrah.

Sebab itu saya berasa pelik dalam beberapa hal. Pelik!!!???

Universiti, AUKU, segelintir staff BHEP hatta Ketua Aspirasi sendiri tidak bangkit mengatakan bahawa jika mahasiswa bercinta, sebaliknya apabila ada mahasiswa lantang melakukan perubahan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Universiti, maka mereka acap kali ditohmah atau difitnah sebagai golongan yang tidak berlajar di Universiti.

Kata orang Kepala Batas, ‘Bercinta boleh, berpolitik tidak…’

Saya bukannya ‘Dr. Cinta’ sepertimana bloggers saifulislam.com. Saya juga bukannya mahu berbicara sangat tentang cinta. Ada maudu’ lain yang saya mahu kita (mahasiswa) sama-sama fikirkan.

Sebenarnya, inilah persepsi. Persepsi kita ada kalanya holistik serta tepat; dan ada kalanya hanya melihat sesuatu secara kaku dan tidak naturialistik.

Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang lantang, bercita-cita melakukan perubahan dalam MPP universiti kita dan mahu Pilihanraya Kampus (PRK) berlangsung secara demokratik, bebas dan adil; mereka ini akan dianggap berpolitik. Mereka ini akan ditohmah tidak menumpukan perhatian dalam pelajar.

Sedangkan, mahasiswa yang bercinta, yang berpeleseran, bercouple, meremp-it tidak pernah ditohmah sebagai ‘tidak menumpukan perhatian dalam pengajian Universiti’.

Mengapa? Adakah semua perkara ini keperluan dan tidak boleh dilambangkan sebagai mahasiswa tidak menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi?

Atau sebenarnya kita dibelenggu oleh persepsi yang sempit serta tidak rasional dalam melihat aktivitisme mahasiswa lantang, rasional, advance serta jauh lebih ‘menyengat’ berbanding pihak-pihak ‘tertentu’?

Atau sebenarnya kita sendiri tidak tahu makna hakiki ‘politik’?

Politik ini luas maksudnya. Bukan sekadar menumpu pada aspek Pilihanraya dalam sesebuah negara hatta kampus sendiri (Pilihanraya Kampus -PRK).

Dalam keluarga ada politik, dalam sekolah ada politik, dalam kuliah/tutorial ada politik, dalam Parlimen ada politik, dalam jabatan kerajaan ada politik.

Ini kerana makna politik adalah “…is the process by which groups of people make decisions…“ [maksud: adalah proses dan cara membuat keputusan untuk satu-satu kumpulan@masyarakat).

Yang membuat keputusan ini bukan sahaja merujuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad badawi walaupun beliau adalah negarawan dalam Malaysia ini.

Yang membuat keputusan ini bukan sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) walaupun belakangan ini beliau agak popular dalam jurnal Pilihanraya Umum ke-12 dan Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh.

Satu-satu keputusan ini lebih awal dibuat oleh setiap peribadi, setiap keluarga, setiap persatuan, setiap badan bukan kerajaan (NGOs), setiap masyarakat, setiap negeri, dalam parti politik dan setiap negarawan.

Hal demikian kerana manusia wajib membuat satu-satu keputusan dalam hidup mereka masing-masing atas kapasiti yang variasi seperti di atas. Kemudiannya, keputusan ini mulai dirumuskan sebagai tindakan politik.

Jika benar rumus ini, maka politik sudah tidak lagi menjadi milik eksklusif ahli-ahli politik kepartian di luar sana.

Kita (mahasiswa) semuanya ada cabaran dan masalah yang sudah tentu menuntut pada keputusan atau polittik. Belajar, membaca akhbar, buku, blog dan menyatakan pandangan peribadi atau atas kapasiti peribadi/petubuhan juga adalah suatu keputusan yang dimaksudkan sebagai 'politik'.


Jadi, apa 'masalah' @ salahnya kita (M.A.H.A.S.I.S.W.A) membuat keputusan Bersama Universiti Menjunjung Perubahan dalam PRK kali ini; dalam MPP USM kali ini dan persatuan sekolah/kelab/anak negeri kali ini?

Sebab itu saya menulis tajuk 'Bercinta boleh, berpolitik tidak'; kerana Ketua Aspirasi USM, Che Mat cuba menafikan hak kita semua (mahasiswa) dalam membuat beberapa 'keputusan' @ politik belakangan ini sebagaimana yang tertera di dalam blognya.

Pertama, Ketua Aspirasi cuba mendesak musyarawah 12-13 dengan PMIUSM dan sanggup menafikan proses PRK yang bebas, adil dan demokratik.

Kedua, Ketua Aspirasi seolah-olah mentohmah pihak-pihak lain kononnya jika berlaku pertandingan dalam PRK akan datang, mahasiswa dan Universiti akan mengalami pepecahan.

Dan ketiga, Ketua Aspirasi cuba memanipulasi penganugerahan Apex dengan mengwar-warkan bahawa MPP pada sidang akademik akan datang ini wajar terus didominasi@diperkuda oleh Aspirasi; supaya (kononnya) Apex ini akan terus dinikmatikan oleh Universiti dan mahasiswa amnya (jika mengikut telunjuk politiknya). Semuanya tahyul dan karut-marut belaka!

Adakah tindakan Ketua Aspirasi sebagaimana yang boleh didapati dalam blognya [Keris Warisan] @ 3 contoh di atas ini boleh dianggap ‘tidak berpolitik’ dan ‘lebih menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi Universiti’ semata-mata?

Tepuk dada dan ketuklah akal kita ini. Manalah tahu, kot-kot terkeluar sesuatu ilmu yang sahih dan dogma yang rasional lalu bangkit menyahut seruan juang ProM ini - iaitu BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN -END

1 ulasan:

norMAzuan MUstafa berkata...

salam....saya orang luar tapi nk komen gak...huhuh...syabas atas en3 nie....mantop....

dunia itu kosong, isi nya hanya memori