Bicara Siswa


Ahad, 1 Mac 2009

Iraq sedia kawal negara

BAGHDAD 1 Mac - Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki semalam menyatakan anggota keselamatan negara itu sudah bersedia untuk mengambil alih tugas daripada tentera Amerika Syarikat (AS).

Kata Nouri, dalam satu perbualan telefon kelmarin, Presiden AS, Barack Obama turut bersedia memberi kemudahan peralatan ketenteraan dan senjata kepada Iraq untuk menentang pemberontakan serta ancaman luar.


SEKUMPULAN anggota tentera AS bergerak ke pesawat UH-60 Blackhawk untuk menyertai satu operasi di Baghdad pada 25 Februari lalu.

Obama kelmarin menyatakan AS akan menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun, 50,000 anggota tenteranya akan terus bertugas untuk setahun selepas itu.

Washington berikrar untuk berundur pada 31 Ogos 2010 dan keluar sepenuhnya menjelang akhir 2011.

Pengumuman Obama itu bagaimanapun menerima reaksi berbeza-beza daripada anggota Parlimen Iraq.

Pengikut ulama Syiah, Muqtada al-Sadr tidak berpuas hati kerana 50,000 anggota tentera AS masih berada di Iraq.

Anggota Parlimen kanan berfahaman Sunah, Adnan Pachachi berkata, pihak berkuasa perlu memastikan seluruh negara selamat berikutan majoriti anggota keselamatan Iraq berfahaman Syiah.

"Dalam tempoh dua tahun ini, Iraq perlu mewujudkan anggota keselamatan yang mempunyai kesetiaan terhadap negara dan bukannya terhadap fahaman mazhab," katanya.

Sementara itu di North Carolina kelmarin, Obama menyatakan 142,000 anggota tentera AS berada di Iraq manakala 4,250 anggota terbunuh sejak operasi ketenteraan bermula pada 2003.

Kata Obama, tamatnya perang di Iraq menandakan bermulanya era baru diplomasi AS di Asia Barat.

Tiada ulasan: