Bicara Siswa


Isnin, 18 Januari 2010

Tahniah Pro M UMT


UMT, Isnin- Gabungan Pro Mahasiswa UMT memenangi 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya Kampus bagi sesi 2009/10. Satu Kerusi dimenangi oleh calon Akasia melalui kerusi umum.

Pengumuman calon yang menang disempurnakan oleh TNC HEPA, Prof Dr Yahya di Dewan Sultan Mizan (DSM) pada pukul 7.30 malam. Ini adalah kemenangan yang besar bagi mahasiswa kerana kali pertama PRK diadakan secara besar-besaran dan yang paling telus setakat ini.

Bagi menggalakkan mahasiswa turun mengundi pihak HEPA menaikkan beberapa banner dan banyak bunting bagi meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa bahawa kepentingan untuk memilih pemimpin mereka. Ditambah lagi dengan cabutan nombor bertuah. Mahasiswa yang membuang undi akan mendapat nombor cabutan bertuah dan cabutan diadakan semasa pengumuman calon yang menang. Hadiah berupa 10 buah basikal dan lebih kurang 50 hamper disediakan untuk siapa yang bertuah.

Ini adalah tindakan yang baik daripada pihak Hepa bagi menggalakkan mahasiswa UMT melibatkan diri dalam politik kampus UMT yang kian suram dan muram kebelakangan ini. Pro-M menerima respon yang positif daripada mahasiswa UMT tentang suasana politik yang baru dibina oleh pihak pentadbir.

Pengumuman calon yang menang juga disaksikan oleh NC, Yg Bhg. Prof Dr Aziz Deraman.

-SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT-

Tiada ulasan: