Bicara Siswa


Isnin, 18 Januari 2010

Pro-Mahasiswa cipta rekod kuasai MPP Universiti Malaysia Terengganu



Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung semalam.
Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.

Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.

Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”

“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.


UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.

Pengundian universiti itu dijalankan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dipertikaikan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.

Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.

Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.

Jumaat lalu, Misi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu menyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.





5 ulasan:

ena berkata...

salam,

fakta yang diberi oleh pihak tuan adalah salah,kami di USM tidak pernah wujud perkataan pro-aspirasi mahupun pro-mahasiswa dalam universiti..bagi kami semua pelajar adalah sama untuk mendokong cita2 universiti TRANFORMASI PENDIDIKAN TINGGI UNTUK KELESTARIAN HARI ESOK..dan untuk pengetahuan pihak tuan kami disini telah memwujudkan parlimen mahasiswa untuk memberi autonomi kepada pelajar dalam membincangkan idea2 pelajar yang boleh membantu membangunkan universiti.tambahan lagi,di USM tidak pernah wujud sistem e-undi dan pelajar bebas untuk menjalankan aktivti berpersatuan...saya amat terkilan dengan pihak tuan dalam memberi fakta yang salah....

Tanpa Nama berkata...

haa...mcm mn editor?? ang da bg fakta salah nih...amacam? tak paham la pe yang ang nk perjuangkan sebenarnya,...aku pun student gak...tp pelik la ang...dalam komen ni,da byk yang mencarut marut..kutuk sana sini...

Tanpa Nama berkata...

boo editor

Tanpa Nama berkata...

sabar editor...
jika salah, perbetulkan..
tak perlu risau komen2 yg negatif.

Tanpa Nama berkata...

Ena ni dari USM atau UMT????