Bicara Siswa


Sabtu, 2 Januari 2010

Pelaksanaan sudut pidato perlu diperjelas

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik langkah membenarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan pengucapan awam di kalangan mahasiswa.Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, usaha tersebut selaras dengan usaha kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan pengucapan awam yang berkualiti.


"GPMS berharap dengan peluang itu mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam di samping mengasah bakat kepimpinan diri semasa di universiti.


"Ia bukan sekadar melahirkan pemimpin pelajar yang berkarisma tetapi juga membolehkan mereka melontarkan pandangan dan idea-idea bernas dan spontan untuk didengari oleh universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa IPTA dan IPTS dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.


Menurut Saifuddin, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.
Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPTA dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu di Parlimen.


Jais berkata, usaha itu memberi peluang kepada mahasiswa membincangkan isu semasa termasuk politik tanah air secara terbuka.


"Kita mengharapkan sudut pidato itu bukan digunakan untuk mengkritik kerajaan, parti-parti politik dan universiti sahaja, tetapi ia perlu dilihat secara positif dalam melahirkan pemimpin mahasiswa cemerlang.


"Kita perlu meletakkan sudut pidato ini sebagai landasan untuk memperkasakan mahasiswa kerana kecemerlangan bukan terletak pada akademik semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum," ujarnya.
Sementara itu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anwar Nasarah berkata, langkah itu bersesuaian dengan pindaan AUKU 1975.


"Ini membuktikan kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menyuarakan pandangan dan pendapat mereka agar didengari.


"MBM yakin dengan adanya ruang ini ia juga dapat mematangkan fikiran mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin berwibawa," katanya.KUALA LUMPUR 1 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik langkah membenarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), 
Jais Abdul Karim berkata, usaha tersebut selaras dengan usaha kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan pengucapan awam yang berkualiti.
"GPMS berharap dengan peluang itu mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam di samping mengasah bakat kepimpinan diri semasa di universiti.

"Ia bukan sekadar melahirkan pemimpin pelajar yang berkarisma tetapi juga membolehkan mereka melontarkan pandangan dan idea-idea bernas dan spontan untuk didengari oleh universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa IPTA dan IPTS dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Menurut Saifuddin, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPTA dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu di Parlimen.

Jais berkata, usaha itu memberi peluang kepada mahasiswa membincangkan isu semasa termasuk politik tanah air secara terbuka.
"Kita mengharapkan sudut pidato itu bukan digunakan untuk mengkritik kerajaan, parti-parti politik dan universiti sahaja, tetapi ia perlu dilihat secara positif dalam melahirkan pemimpin mahasiswa cemerlang.
"Kita perlu meletakkan sudut pidato ini sebagai landasan untuk memperkasakan mahasiswa kerana kecemerlangan bukan terletak pada akademik semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum," ujarnya.
Sementara itu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anwar Nasarah berkata, langkah itu bersesuaian dengan pindaan AUKU 1975.

"Ini membuktikan kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menyuarakan pandangan dan pendapat mereka agar didengari.
"MBM yakin dengan adanya ruang ini ia juga dapat mematangkan fikiran mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin berwibawa," katanya.

Tiada ulasan: