Bicara Siswa


Jumaat, 15 Januari 2010

Pemimpin pelajar IPTA beri amaran demo jika e-undi diteruskan

  • PETALING JAYA, Jan 11 — Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah) mahu membuat aduan kepada pertubuhan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa jika pusat-pusat pengajian tinggi awam meneruskan sistem pengundian elektronik (e-undi) semasa pilihan raya kampus kali ini, yang diadakan secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.
    Jika usaha-usaha itu tidak juga berhasil manakala Kementerian Pengajian Tinggi tetap dengan pendiriannya, Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Salleh berkata mereka akan memobilasi ribuan mahasiswa untuk turun ke jalan raya berdemonstrasi sebagai jalan terakhir.
    Setakat ini hanya dua universiti awam telah mengambil pendirian tidak menggunakan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.
    Mohd Aizat berkata pihaknya akan meneruskan desakan untuk memansuhkan sistem e-undi yang akan digunakan dalam pilihan raya kampus akan datang ini.
    “Justeru, Bantah bersama-sama barisan mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar memansuhkan sistem e-undi dengan segera,” kata pemimpin pelajar dari Universiti Malaya ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
    Petisyen online tersebut boleh dilayari di sini.
    “Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Amnesty International Malaysia, pertubuhan Pilihan Raya Bebas dan Adil Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.
    Langkah itu bertujuan agar pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bertindak menyiasat dan mengkaji ketidaktelusan sistem tersebut, kata Aizat.
    “Selain itu, ia juga sebagai aduan mahasiswa terhadap pencabulan hak asasi serta hak kebebasan akademik dan mahasiswa di dalam universiti.
    “Bantah berharap NGO seperti Amnesty International Malaysia selaku pertubuhan bertaraf antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi masyarakat dunia, agar membawa isu ini ke peringkat antarabangsa,” katanya.
    Selain itu, referendum ini juga ditujukan kepada universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus.
    “Ia adalah tindakan profesional terakhir kita setelah memorandum-memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Bantah sebelum ini dibakulsampahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.-The Malaysian Insider

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

la...
duk cbuk nak bantah e-voting..
padahal pilihan raya kampus pun x de kat u kamu..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

semua da kene rasuah..
senyap ajelah...

Are Mie Shop berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Are Mie Shop berkata...

universiti mana tu yang xde pilihanraya..kesian betul..pelajar-pelajar akan buta kepimpinan la..hahhaha...ada sorang dekan HEP di sebuah IPTA kata, di jepun, mahasiswa hbt yang grad bkn pnah terlibat kpimpinan pun..dia kata kat indon, mahasiswa kuat kpimpinan,tapi grad xhebat.betul ke?Dr.mahathir xpnah jd pmimpin mahasiswa ke?DS Najib boleh jd PM tu mcm mana?xkan hbt akademik je bleh jd PM.hahhahaha...