Bicara Siswa


Isnin, 18 Januari 2010

P'raya kampus: Pro-Mahasiswa kuasai UMT



Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.

Kini pro-M menguasai kerusi fakuti ago-teknologi dan sains makanan, fakulti pengurusan ekonomi, fakulti ekonomi dan sains marin, dan fakulti sains dan teknologi. Setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi.

Menurut jurucakap pro-M memberitahu
 Malaysiakini, inilah adalah kali pertama pro-M menguasai kampus UMT selepas ia dinaik taraf sebagai universiti pada 2007.

Beliau mendakwa, antara faktor kemenangan mereka ialah ketidaksefahaman di kalangan calon pro-Apirasi atau dikenali sebagai Akasia (Angkatan Anak Seni).

Malah, katamya, maklum balas daripada pelajar menunjukkan calon pro-Aspirasi "tidak bekerja dan menganjurkan program".

Ekoran itu, katanya, warga UMT mengambil kesempatan daripada pilihan raya kampus kali ini untuk membawa perubahan dengan memberi sokongan padu kepada calon pro-M.

Katanya, ini ditambah pula dengan manifesto kumpulan pro-M yang berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman dan fakulti.

"Antaranya ialah masalah bekalan air di kolej kediaman yang sering terputus," katanya.

malaysiakini

Tiada ulasan: