Bicara Siswa


Jumaat, 15 Januari 2010

Suara Siswa: Penonton dituduh bawa bom


Lembah Pantai 6 Jan 10:46a.m │ Semangat sebahagian penonton rancangan bual-bicara Suara Sisw sedikit tawar apabila ditahan polis di pintu pagar perkarangan stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dekat sini, semalam.


Sejumlah besar pengunjung stesyen berkenaan yang berhasrat menonton rancangan Suara Siswa secara langsung ditahan di pintu pagar dengan alasan “Membawa bom”.


Kejadian tersebut pada jam 8.00 malam sebelum rancangan tersebut bermula.


Polis seramai 10 orang bertindak menutup pintu pagar dan melakukan pemeriksaan dengan membuka beg setiap pengunjung berkenaan.


Dipercayai pengunjung tersebut ialah para pelajar dari universiti berdekatan.


“Mereka (polis) kata kami bawa bom, mereka dapat maklumat dari pihak luar, ini suatu perkara yang tak masuk akal!,” ujar seorang yang ditahan berkenaan.


Namun kemudian, selepas pemeriksaan dan gagal menemui sebarang objek mencurigakan pihak polis berkenaan membuka pintu pagar bagi member peluang kumpulan pelajar itu masuk ke perkarangan RTM.


“Nampaknya polis memang senang diperbodohkan, dapat laporan, palsu dan membuang masa untuk buat pemeriksaan,”luah seorang pelajar.


Suara Siswa episod permulaan 2010 semalam bertajuk “Politik Baru” keudara bermula jam 10.00 malam.


Panelis bagi episode ‘PolitikBaru’ berkenaan ialah Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Muhamad Ridzuan Muhamad, YDP Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Syamsul Salleh dan YDP Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Mohd Murshidi Mohd Diah.-Mahasiswakini

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lo...teruknya mahasiswa yang kata polis mudah diperbodohkan...die tak pk ker polis wat pemeriksaan awal untuk kebaikan penonton gak.....ish...dangkalnye pemikiran mahasiswa...

Tanpa Nama berkata...

ni satu lagi editor ni...tajuk pun saje nk cetus perasaan marah..kan kabar angin jer ttg perkara tu..bukan tuduh penonton bawak bom...teruk giler editor...

Tanpa Nama berkata...

dah meletup...
korang dah mampus..
baru nak check ker...
tahniah kepada polis yg sentiasa bersedia untuk bertindak...

Tanpa Nama berkata...

betul cakap no 3 tu....pe la dak2 u skang ni...ingt dorang blaja tinggi2,da cukup pandai? da cukup matang dalam hal2 keselamatan?? polis bukan mintak korang bayar pape pun...pemeriksaan untuk keselamatan korang jugak...

Are Mie Shop berkata...

ya...aku stuju ngan korang sume...polis kena la check dah ada laporan..polis bkn bodoh, cerdik la tu...dapat laopran,jalankan tugas...kalau tak jalankan tugas,n something happen, mereka gak kna tanggung...fikir rasional ckit ek..ada yang perlu kita sokong, ada kna cakap ttg kebenaran...bkn polis halang terus,jz check,prosedur biasa...-dakwah online-

pemudaSUFI berkata...

Betul2.. setuju yang diatas.. mahasiswa lak jagn la mudah2 memperbodohkan polis.. wat laporan dan sebagainya..

Tanpa Nama berkata...

tak sume perkara yang polis wat tu salah...cam kita la gak..x sume perfect...mana yang baik,kita kene cakap terang2...yang penting,bersederhana dalam sume perkara...

Tanpa Nama berkata...

laman web pemecah belah ummat.mengalakkan orang lain untuk mengutuk org lain.

Tanpa Nama berkata...

unimapkini dah tidak releven untuk wujud..

aku sempoi berkata...

bangang..da dapat maklumat..periksa lah..kalau tak amik tindakan , cakap polis x wat keja..rileks sudah..biar polis wat kerja dia..at the end ley masuk gak..jangan fikir secara bangang gitu..aku sebelum neh setuju ngn banyan artikel ko..tapi kali neh rasa amat dangkal dan bodoh

aku sempoi berkata...

lagipun sekrang kes bom petrol gereja tuh kan banyak..apa2 hal laporan pun berkaitan bom..kne check..macam dulu the store kangar tuh dapat panggilan..kena kosong gak..kne check..proper prosedur..jangan fikir macam xde otak k..siyes aku gelak tengok ada gak bodoh wartawan unimapkini neh..reject sket yang bengong2 tuh..baru seronok aku nak baca artikel korang

Tanpa Nama berkata...

no 11,bg aku,unimapkini da tak releven untuk wujud...baik matikan terus jer blog ni...da la kene sound dgn USM...bg fakta salah...pe kes??? bukan setakat wartawan unimnapkini je mcm tu..editor dorang pun sama...

Tanpa Nama berkata...

teruskan editor...
jangan dengar suara kera sumbang....

Tanpa Nama berkata...

ek eleh...13 nih editor sendiri atau krew dier...syok sendiri puji diri...

Tanpa Nama berkata...

14 kau kalau tak nak baca,
bole blah..
kami mahukan kebenaran....

Tanpa Nama berkata...

suka hati aku la nk blah ke tak...ko nk kebenaran,pi laporkan polis...xpun SPRM...ko lapor kt sini pun,menjatuhkan maruah mahasiswa unimap jer dgn komen2 yang yang langsung tak menggambarkan ciri2 mahasiswa..blog ni mmg tak salah bro,tapi yng salah kwn2 kita yng duk komen tak guna ayat yang sepatutnya..marah pun,jaga la nama baik diri sgb mahasiswa..