Bicara Siswa


Ahad, 15 November 2009

UniMAP ke Kampus Tetap

KANGAR, 2 NOV (BERNAMA) – Impian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk memiliki kampus tetap semakin menjadi kenyataan apabila dua pusat pengajiannya telah berpindah ke kampus tetap di Ulu Pauh dekat sini, hari ini.


Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin berkata projek yang menelan belanja sebanyak RM200 juta itu telah siap sepenuhnya dan menempatkan dua pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik dan Pembuatan.


“Kedua-dua PPK ini akan mula beroperasi mulai hari ini setelah pembinaannya sejak 2007 itu siap Ogos lepas, manakala kerja-kerja pemindahan dari Taman Muhibbah, Jejawi dan Kuala Perlis akan mengambil masa dua ke tiga minggu”katanya.


Menurutnya, pembinaan dua PPK itu adalah dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dimana peruntukan keseluruhannya adalah sebanyak RM 350 juta termasuk pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mikroelektronik, Kompleks Dewan Kuliah, Perpustakaan, Pusat Kejuruteraan, serta Gelanggang Sukan.


"Berdasarkan perancangan awal, projek itu dijadualkan siap sepenuhnya dalam RMK-9 (2006 hingga 2010). Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor utama semasa termasuk kenaikan harga barang, projek itu terpaksa dilanjutkan ke RMK-10 (2011-2015).


"Dalam peruntukan RMK-9, setakat ini kita berjaya menyiapkan 70 peratus daripadanya dan projek 30 peratus itu lagi hanya melibatkan beberapa pembinaan bangunan lagi dijangka siap sepenuhnya menjelang 2011,” katanya kepada pemberita.


Beliau berharap, dengan beroperasinya dua pusat pengajian itu akan menjadikan UniMAP lebih efektif dan mesyuarat yang melibatkan pihak luar akan dibuat di situ agar kampus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.


Katanya, walaupun hanya dua PPK yang beroperasi namun ianya akan dilengkapi pelbagai infrastruktur demi kemudahan kakitangan serta pelajar.


Sementara itu dalam ucapannya sebelum ini, Kamarudin memberitahu, melalui kampus tetap itu, pihaknya percaya usaha untuk menggalakkan pertambahan penuntut dalam bidang kejuruteraan bagi mencorakkan hala tuju pembangunan negara akan mudah dicapai.


"Pemindahan dua pusat pengajian ini merupakan satu transformasi baru buat UniMAP dalam rangka melahirkan jurutera yang cemerlang dan mampu menembusi pasaran kerja masa kini serta selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan Malaysia mempunyai jurutera yang berdaya saing dan berinovatif,”katanya.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ciplak....xda idea sndiri

Tanpa Nama berkata...

laa... kalo editor guna ayat sndiri kata editor ni tokok -tambah la, fitnah la, tipu student la.. bising je.. ni ha editor ambk mklumat fakta dri unimap sndiri pun nak kecoh? pe la murid unimap ni...

Tanpa Nama berkata...

salam,

dok kecoh2 apa lagi...
tu kampus dok ada dah...
nanti siap lah semua...
syukurrrrrr............

Tanpa Nama berkata...

bodoh gle org yg 1st komen ni...
xda bnd nk bngkg kt editor ni
ciplak 2 jd modal
pg mampos la kau...

pemudaSUFI berkata...

manusia ni biasa la, bila dah jiwa membangkang, dia nk bangkang gak kot mana pun... ish2, baguih la UniMAP da berkembang, kepada skool len jgn jeles no0h...

Tanpa Nama berkata...

hahaha....jelez jelez,aku tak thn umah kedaii!!!!!aku nak merasa life in univeersiti~tp unimap punye pasal mmg aku takkan merase sampai bebile la~wooo sedey

pemudaSUFI berkata...

sabar2, rileks jew, sama ja study mana pown, cuma mind set kita ja slama nie kata x bes kt umah kedai.. padahal, boleh jew kita nk perform.

bag aku sama ja mana2 pun, sok2 pindah ke Pauh, mesti da gak diorg nk komen, editor pun mesti wat citer pnyer,

study kat sini pun da msalah, kat Pauh sudah ten2 bakal timbul masalh gak (coz kampus baru, mesti banyak lagi yang masih belum lengkap n kelompaganyang masih blum diuji),

tapi yag paling bermasalah adalah, bukan tempat tetapi student sendri.. yang suka sagt ponteng class (termasuk aku)... hahaha

Tanpa Nama berkata...

woi..aku ni ha no 1.. korang kate aku bodoh? padan muke aku... bila masa plak aku ni pmbangkang haa?no 5...aku ni aaspirasi tau x... aku mmg x suke kat unimap kini..sbb aku lgi suke kat utpkini..huahuahuahua...

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahahahahahahahahahah...pdan muke no 8.....hahahahahahaah

Tanpa Nama berkata...

uwekkkkk.....