Bicara Siswa


Jumaat, 20 November 2009

Suara Siswa hanya suara kosong

Suara Siswa adalah rancangan yang mengutarakan suara mahasiswa ke dalam masyarakat.Beberapa tahun lalu,rancangan ini memang dianggap gah,bukan kerana mahasiswa mencari populariti murahan,namun ini adalah medan untuk mahasiswa di negara kita ini memberi pendapat dan pandangan mereka tentang isu semasa yang berlaku dalam negara kita.


Suatu masa dulu ketika Suara Siswa dikendalikan oleh Dato' Nordin Kardi.seorang ahli akademik yang terkenal,suara mahasiswa dipandang dan diambil cakna oleh pemimpin negara dan masyarakat sama ada pandangan itu pro atau pun kontra.


Namun sedikit sedih melihat suara siswa pada masa sekarang.Yang terbaru pada Selasa yang lalu dalam membincangkan isu Budaya Fanatik.Setiap ahli panel hanya bercakap 5-8 minit sahaja.Masa yang lain dihabiskan dengan melayan FB dan lain-lain.Seolah-olah ahli panel tidak diberi ruang yang cukup untuk melontarkan pandangan mereka.Sudahlah rancangan dimulakan dengan nyanyian daripada sebuah band.Patutkah rancangan akademik seperti ini memerlukan hiburan??


Sama-sama fikirkan..

Tiada ulasan: