Bicara Siswa


Sabtu, 7 November 2009

Jawapan: Hukum Doa Qunut

Memandangkan ada beberapa komen dan permintaan dari sahabat pengunjung yang inginkan penjelasan berkaitan hukum Doa Qunut, maka pihak kami dari UniMAPKini ingin memaparkan ulasan berikut seterusnya menambahkan lagi kefahaman kita berkaitan hukum membaca Doa Qunut ini dalam solat dengan mengambil pandangan imam mazhab kita iaitu Al-Imam As-Syafi'e Rahimahumullah: [Rujukan: Anda boleh ikuti perbahasan dalam Jom Faham atau Pondok Tampin]

Dalam mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam sembahyang Subuh, pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dalam erti diberi pahala bagi orang yang mengerjakannnya dan bagi yang lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dengan sujud sahwi.

Tersebut dalam kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dalam mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang-orang yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan di antara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad-sanad yg sahih. Ramai orang yang termasuk tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dalam kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata, maksudnya:

"Tidak ada qunut dalam sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai."


Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua daripada solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya."

Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.

Wallahua'lam.

7 ulasan:

pemerhati blog berkata...

haa betol la seperti yang ana katakan hari tu

A.samad berkata...

urm..

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh kita tengok mazhab lain juga...kat unmap nii ada yg tak qunut. Yang tuu dah betul..Mazhab lain pun sama juga..ada dasar tersendiri...

Tanpa Nama berkata...

Org perlis tak amalpun Qunut pasal kami Sunnah Wal Jamaah .... anything rujuk ustaz2 senior dlm perlis

Tanpa Nama berkata...

perlis yg pelik2...

Tanpa Nama berkata...

bukan pelik...tp dia org jugak ada nas

Tanpa Nama berkata...

perlis x pelik..dri dlu agy dah mcm ni...nak lbih lanjut rjuk pejabat agama perlis... org len nak wat doa qunut buat je...x d halang pun