Bicara Siswa


Rabu, 25 November 2009

Rombongan Kerohanian UniMAP ke USIM

Nilai 23 Nov, Sekumpulan siswa & siswi  UniMAP yang diketuai oleh EXCO Kerohanian MPP UniMAP telah pun selamat tiba & dijangka akan mengikuti Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan 2009 sehingga akhir program. Seminar ini yang dijadualkan bermula 23hb November - 25hb November ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh membangun & menghidupkan jiwa  mahasiswa yang juga merupakan seorang daei@pendakwah. 


Selari dengan  hadis nabi s.a.w, "barangsiapa yang mengatakan "la ilaha illa Allah"  (dengan penuh ikhlas dan yakin), maka dia merupakan seorang Daei". Perlantikan secara terus oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad s.a.w kepada setiap yang bergelar muslim adalah merupakan seorang pendakwah.

Tiada ulasan: