Bicara Siswa


Rabu, 4 November 2009

Selamat Berjuang

Musim peperiksaan sudah 2 hari bermula. Kelihatan mahasiswa begitu bertungkus lumus belajar untuk menguasai setiap mata pelajaran dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini.

Harap masih belum terlambat untuk krew UniMAPkini mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan bagi semester 2009/2010 kepada seluruh mahasiswa UniMAP. Mudah-mudahan kita mampu memperoleh keputusan yang cemerlang seterusnya membuktikan kepada masyarakat bahawa kita juga berdaya saing dalam setiap bidang yang ada termasuk bidang akademik.

Sehubungan itu, kami ingin menyeru kepada semua mahasiswa agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala peniruan sepanjang musim peperiksaan. Gejala ini tidak lain hanya menunjukkan kerendahan tahap intelektual sebagai mahasiswa dan jelas menongkah arus serta mencabar kesarjanaan yang bakal diperolehi. Sedar atau tidak, natijah buruk akan terserlah kesannya suatu masa nanti.

Tindakan sebegini hanyalah akan melahirkan lebih ramai graduan yang tidak mampu untuk menggunakan ilmu yang dipelajari dengan baik dan berkesan seterusnya mengaplikasi dalam kehidupan seharian. Ia secara tidak langsung menjatuhkan nilai dan kualiti graduan mahasiswa UniMAP yang bakal bergraduasi di samping menyukarkan proses pengakreditasian.

Siswa dan siswi sekalian,

Sekali lagi UniMAPKini ingin mengajak dan menyeru para sahabat agar berlaku jujur dan ikhlas dalam menterjemahkan amanah yang telah dipikul ke atas kertas peperiksaan yang bakal dijawab.

Ayuhlah mahasiswa sekalian, kita bebaskan diri dari gejala ini.

“Bangkit Bersama Mahasiswa, Berubah Bersama Intelektual”

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hurmm..susa r sem ni nk target~

Tanpa Nama berkata...

betul2...sem yang mencabar..

Tanpa Nama berkata...

lol..
masuk isa ka?

Tanpa Nama berkata...

dak aihh..

isa ada kat bagan lalang noohhhhh