Bicara Siswa


Sabtu, 7 November 2009

Pencapaian membanggakan Siswazah perubatan

MELBOURNE: Kumpulan pertama 47 doktor Malaysia lulusan program perubatan Monash University, Australia yang dikendalikan di Malaysia akan menamatkan pengajian bulan ini.

Mereka adalah siswazah perubatan antarabangsa yang diiktiraf sepenuhnya oleh Majlis Perubatan Australia, demikian menurut majalah universiti itu, Monash Magazine.

Mereka adalah kumpulan siszawah pertama yang membahagikan masa pengajian di kampus serta hospital di Malaysia dan Australia, memperoleh pengalaman dunia perubatan di kedua-dua negara.

Kumpulan itu juga adalah kumpulan pertama penuntut perubatan Monash yang melakukan pengkhususan pengajian Malaysia dalam bidang seperti ubat-ubatan tropika dan akan bertugas di klinik di Kuala Lumpur, Segamat, Pontian dan Kulai.

Mereka membabitkan kumpulan pertama yang menjalani latihan di Sekolah Klinikal yang dibina khas bernilai RM1.8 juta dan Hospital Sultanah Aminah Hospital di Johor Bahru.

Profesor Datuk Dr Anuar Zaini Md Zain, Ketua Pengajian Perubatan dan Sains Kesihatan, melihat sendiri kumpulan pertama doktor muda berkenaan belajar dan matang untuk menjadi pakar perubatan mahir.

"Saya berpendapat kerana pengiktirafan oleh Majlis Perubatan Australia, standard pengajian ini jelas mencapai tahap yang amat tinggi," menurut laporan Monash Magazine yang memetik Dr Anuar Zaini sebagai berkata.

Shakirah Sharif, dari Kuala Lumpur, menamatkan latihan klinikal pengajian tahun akhir di Alfred Hospital, Melbourne.

"Saya mempunyai satu keinginan untuk mencapai sesuatu lain daripada yang lain. Oleh itu, apabila saya berada dalam kumpulan pertama penuntut yang akan menamatkan pengajian ini saya rasa adalah suatu tidak asing bagi saya," katanya kepada Monash Magazine.

"Saya rasa ada peluang untuk saya membantu menambah baik sistem perubatan di Malaysia," kata Shakira, seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang. - Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pula nasib dengan pelajar perubatan tajaan JPA diluar negara yang balik tak diiktiraf pulak? Dengar kata keje Cuci pinggan je. Nak keje tak leh pasal kerajaan tak iktiraf. Nak keje lain plak majikan asyik tanya pasal ikatan dengan JPA. JPA pulak x nak kasi pelepasan. Kes kawan aku, JPA x layan langsung. Siap ugut nak saman lagi. Sendiri buat salah tapi nak saman orang pulak. Bukannya kawan aku ni x abis belajar. Dah abis belajar dah tapi kejaan malaysia yang x mo iktiraf. Dahla xmo iktiraf, nak mintak balik pulak duit yang dia guna untuk hantar kawan aku ni pi belajar.
So sebagai pelajar UniMAP ni kena la bersyukur pasal UniMAP dok lawan dengan EAC lagi. Hehe.. dari dulu sampai skang dok lawan x dapat2 gak. At least ada orang tolong lawan jugakkan. Kawan aku ni nak pi kl jumpa JPA pun x dak duit, camana la nak lawan dengan geng2 depa ni. Mintak tolong orang yang ada title Dato pun bukannya depa ni ikhlas nak tolong. Dok jaga perut depa kasi lagi besaq adalah... Dunia Dunia..

budi baik berkata...

hurmmm...
betoi la ape ang kata tu..
dah lama dah unimap lawan dengan EAC tapi tak dapat2 jugak... tinggal 1 sem je ni..
huhu.. kampus pauh dah siap untuk budak2 meka n pembuatan.. tp akredetasi tak dapat2...
ni je la yg kite mampu buat...
huh.. harap2 ade la orang2 HEP bace ni...
push kan akredetasi ni dlu... yg lain ketepikan dlu... tak gune ade unit kebudayaan yang tip top kalu akredetasi pon tak dapat.
ape gune pingat emas kalu degree tak diiktiraf..
bukan nak salahkan sape2... tapi cube la push lebih skit..
ramai student yang tak amik tau pesal bende ni sebab bende ni tak brape di gosipkan...
huhu...

Tanpa Nama berkata...

push budi jgn tak pushh...
push up sket lagii....

budi baik berkata...

lagi 2bulan 29hari lagi aku jadi spartan. kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

apa la ko merepek ni budi..

spartan pale hotak lu....