Bicara Siswa


Ahad, 15 November 2009

Isu Yuran KUIS : MPMUM desak KUIS bertindak, MB campur tangan




Kuala Lumpur 15 Nov – Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) hari ini mendesak pihak pentadbiran dan pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) agar segera bertindak terhadap desakan mahasiswa yang menuntut pengurangan yuran pengajian mereka.
hafiz blog 8Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Yang Di Pertuanya, Mohammad Hafiz Bin Ilyas dalam kenyataannya.
Katanya, KUIS harus meneliti sejauh mana tuntutan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang mendakwa yuran pengajian yang dikenakan kepada mahasiswa kolej itu terlalu tinggi.
“Sepatutnya KUIS mengkaji dengan terperinci tuntutan tersebut, dan bukannya melabelkan kelompok ini. Jika benar ia (yuran) terlalu tinggi, KUIS perlu segera bertindak dan menyelesaikannya” ujarnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, sikap (melabel) itu sebagai tidak profesional dan cuba membunuh hak mahasiswa bebas menyatakan pandangan, sedangkan hak tersebut termaktub jelas di dalam perlembagaan Malaysia. Beliau menambah lagi, tindakan bermusuhan dengan pelajar tidak akan menyelesaikan masalah dan akan menimbulkan kesan yang lebih besar.
Exco Kepimpinan MPMUM, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh mendesak agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim campur tangan dalam isu ini.
“Sekiranya Hal Ehwal Pelajar KUIS tidak mampu menyelesaikan isu ini, kita (MPMUM) minta Tan Sri Menteri Besar agar campur tangan selaku pengerusi Lembaga Pengarah KUIS” katanya.
“Saya yakin, beliau (Tan Sri Khalid) adalah seorang yang dekat dengan pelajar dan bersedia mendengar masalah kebajikan”tambahnya lagi.
Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin pelajar MPP KUIS yang tidak cakna dan tidak cepat bertindak dalam isu harga yuran tersebut. Beliau menegaskan, sikap tersebut tidak wajar ada pada pemimpin pelajar yang dipilih oleh mahasiswa untuk berkhidmat kepada mereka.
“Saya pasti mahasiswa yang turun berdemonstrasi tempohari adalah kerana isu ini terlalu lama dan lambat diselesaikan, dan (juga) kerana usaha untuk berunding menemui jalan buntu” ujarnya.
Isu harga yuran yang tinggi mula tercetus di KUIS apabila sekumpulan mahasiswa yang digelar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi mendesak diturunkan harga yuran pengajian.
GMS mendakwa, harga yuran tersebut sangat membebankan pelajar yang datang dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, pihak KUIS menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan isu tersebut, namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil.-mahasiswakini


sumber: http://mahasiswakini.com/archives/4627

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org yg same je komen ni... bosan aku..

7Malaysia berkata...

7Malaysia