Bicara Siswa


Ahad, 27 Februari 2011

Apa nak jadi?

2 penuntut IPTA dicari bantu siasatan kes rogol


SUPRITENDAN Mohd. Nashir Ya (kanan) menunjukkan gambar-gambar lelaki yang dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah, selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar, semalam.


KANGAR 25 Feb. - Polis mencari dua penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan dari IPTA yang sama di sini pada 15 Februari lalu.
Kedua-dua mereka ialah Muhammad Naim Mohd. Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Banggol Kemian Paloh Rawa, Machang, Kelantan dan Ahmad Amirul Amin Rosely, 19, dari Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, mereka adalah antara tujuh pelajar dari dua IPTA di negeri ini yang dipercayai mengetahui kejadian kes rogol pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka.
"Polis telah menemui lima daripada pelajar itu pada 19 Februari lalu. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan sehingga Isnin depan namun dua pelajar lagi telah menghilangkan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua pelajar berkenaan dalam lingkungan umur yang sama dipercayai mengetahui kejadian itu di sebuah rumah sewa di Taman Sri Mawar, Arau.
Mangsa, katanya, kini dalam keadaan trauma namun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Sehubungan itu beliau meminta kedua-dua pelajar berkenaan supaya hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Supritendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-5203977.
Sementara itu beliau berkata, polis sedang mengesan dua lelaki, salah seorang daripadanya merupakan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkat Leftenan, bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan menyeludup kenderaan ke negara jiran.
Mohd. Nashir berkata, Mohd. Saidi Man, 44, dari Lot 41, Kampung Tersusun Batu 20 1/2, Jalan Padang Besar Utara dan Mariswandy Mohamad, 32, dari No. 2 Lorong 2 Rancangan Perumahan Awam (RPA), Chuping dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes curi dan seludup kereta import.
"Kedua-dua lelaki itu juga dipercayai turut terlibat dalam kes curi kenderaan antaranya jenis Toyota dan Honda di Lembah Kelang," katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, polis juga sedang mengesan seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayor, Kaki Bukit untuk membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan parah pada Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Mohd. Nashir meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar, Asisten Supritendan Khaizam Shahabudin di talian 019-6787474.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budak KKF ni...

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. berkata...

2 lg tu mmg budak unimap ke?

Tanpa Nama berkata...

budak KKF tu yg mana.. yg kena rogol ke yg merogol?

Tanpa Nama berkata...

~~eh FKK tu ape??dgr kata mula2 dia mmg plan nak game dgn bf dia..so pmpuan tu ta pyh nak slhkan org la..sbb dia pun salah..pastu girl tu mntka RM10k kalu ta salah...mana student2 laki tu nak cari...so dia pun buat report??motif nape dia mntak duit???mknanya mmg dia adalah pelajar bermasalah....sanggup bg body dkt bf...ta pikir kr..

QuRaniC berkata...

dak yang bernama naim uh takkn sanggup wat macam uh...ni mesty salah gurls uh..die nk sorok yang die yang rela hati serah diri at bf dier..Aku ken naim...die memg otak gler..nakal..tapi dier takkn wat macm uh...

Tanpa Nama berkata...

guys :
its means dat gurl tu yg mmg nak game but then boy dyer ajak geng2x dyer??
game kat kkf e?

Tanpa Nama berkata...

err.. kalau dah xsalah.. jgn lari..
err... dah buat sampai 7 org?.. mmg org akan assume kene rogol la kan?...tapi....
(org yg buat je yg tahu ape terjadi sebenarnya)
err.. apasal ade budak tanya FKK tu ape?? komfirm xtahu ujung pangkal ... tau2 main blasah je buat fakta tanpa bukti..

"pastu girl tu mntka RM10k kalu ta salah"

bro..kalau ko salah ...mcmana? sapa nak tanggung?..

if ko xtahu..benar atau tidak.. jgn sebarkan...
takut2..jd fitnah.. xpasai.... sape nak tanggung akhirat nnt?...

adik2 yg kat unimap..
harap2 jadi tauladan la... amik pengajaran...
bukan 1st time jadi...so... beware la..
manusia mcm2 ragam..
muka sama baik.. hati siapa tahu...kan?

aku still xbleh blah dgn comment nih..

"eh FKK tu ape??dgr kata mula2 dia mmg plan nak game dgn bf dia..so pmpuan tu ta pyh nak slhkan org la..sbb dia pun salah..pastu girl tu mntka RM10k kalu ta salah...mana student2 laki tu nak cari...so dia pun buat report??motif nape dia mntak duit???mknanya mmg dia adalah pelajar bermasalah....sanggup bg body dkt bf...ta pikir kr.."

xtahu..jgn memandai2... aduhh..

Tanpa Nama berkata...

salam.. ape kata cari mereka berdua tu melalui fb.. cba tny kwn2 dyorg ape fb 2 org lagi tu.. jgn salahkan sape2 dulu,kita xtau hujung pangkalny.. ok??

ingatlah semua,fitnah di akhir zaman amat luas berleluasa.. takutlah pada Allah.. jaga lidah kita.. kerna bila tiba masanya,bara api neraka yang akan ditelan..

Tanpa Nama berkata...

cube la cari fb diorg..aku yaj=kin fb dierg masih aktif..satu lagi andain...kite kan dekat ngan siam@thailand..tak terpir ke dieorg at sane??

Tanpa Nama berkata...

cube la cari fb diorg..aku yaj=kin fb dierg masih aktif..satu lagi andain...kite kan dekat ngan siam@thailand..tak terpir ke dieorg at sane??

Tanpa Nama berkata...

cube la cari fb diorg..aku yaj=kin fb dierg masih aktif..satu lagi andain...kite kan dekat ngan siam@thailand..tak terpir ke dieorg at sane??

Tanpa Nama berkata...

cube cari diorg at fb....taip jer name dieorg..mesty kua...pas uh cube pi tgk at thailand @siam...kemungkinan besar dieorg at sane...bukan susah nk pi sane,,naik perahu jer kot....aku yakin dieorg takde dah at malaysia...percayalah...

AMIanna berkata...

Dorg hanya disyaki. jangan la hukum dorg jika dorg masih x terbukti salah. Ape yang boleh kate.. Budak laki UniMaP x buat semua tue.. Hanya 3 dr 7 yg sama2 suker ngan dat gul. Saya tahu cerita sebenar.. Dlm proses utk tegakkan n bersihkan nama yang x bersalah.

Tanpa Nama berkata...

tapi persolan nyer kenape dieorg lari?berani kerana benar..kepada yang diburu jika kamu bace blog ni..sila lah serah diri..fikir lah mka ayah korang....kalau tak salah,kiter usahakan lepaskan kamu..:)

Tanpa Nama berkata...

semua tetap salah.. yang nak p beromen apasal? hukum dah letak tepi ka?

Tanpa Nama berkata...

Ramai lagi klu nak ikut kan budak unimap pompuan yg menggatal. bukan dirogol, tapi dia yg rogol org. sampai lec sendiri cerita. kawan baik dia sendiri cerita. dia skrg praktikal kt shah alam.TM kalau tak silap. Hope lepas prktikal dia akan berubah. kami mohon. :)