Bicara Siswa


Jumaat, 18 Disember 2009

Undian internet: 63 peratus tolak BTN


Sehingga jam 12 tengahari ini, 63 peratus yang menyertai undian di internet anjuran DAP berhubung isu Biro Tatanegara (BTN) yang dilancarkan semalam, mahu program itu dimansuhkan.

Mereka terdiri daripada 667 daripada 1,056 orang yang menyertai undian itu setakat ini.

Orang ramai diminta memilih salah satu daripada tiga jawapan iaitu:

1. Ini bukan isu langsung, tidak perlu sebarang perubahan.

2. Ubahsuaikan kursus-kursus yang berkontroversi.

3. Memansuhkan BTN.

Manakala peratusan bagi pihak yang mahukan kursus tersebut diubahsuai dan dikekalkan setakat ini hampir seimbang.

Sebanyak 19 peratus (202) mahukan ia diubahsuai manakala selebihnya, 18 peratus (187 orang) beranggapan ia bukan isu dan tidak memerlukan sebarang perubahan.

Undian di internet tersebut kelolaan DAP Pulau Pinang melalui laman webnya untuk membolehkan orang ramai mengemukakan pandangan mereka mengenainya. 

Semalam Setiausaha Publisisi DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, undian tersebut akan diteruskan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat sesuatu keputusan terhadap kelangsungan BTN.





SUMBER: 
http://www.malaysiakini.com/news/120044

Jimadie Shah Othman
Dis 17, 09
12:38pm

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehhhh...ap la nak d kecoh ngat sal btn ni..best pa g btn!!!

Tanpa Nama berkata...

just suggestion.. data yg di pamerkan nie pon berat sebelah.. dah yg anjurkan DAP.. mmglah DAP jer yg tau.. len kali pamerkan data yg bebas dr politik dan terbuka..

Tanpa Nama berkata...

DAP takut kt melayu.. DAP tu nk pijak kita tp org kita ni x sedar2 lagi.. sbb tu dia takut BTN tu.. muahaha.. DAP sucks

Tanpa Nama berkata...

apa yg penting....
jgn makan rasuah.....

Tanpa Nama berkata...

MCA dgn MIC pun tkut dgn rosmah puaka

Tanpa Nama berkata...

damn la melayu..xdak pasal dok kata kt bangsa lain

Tanpa Nama berkata...

editor,anda lihatlah kenyataan-kenyataan di atas,ia barbaur perkauman..begitu juga dengan tindakan anda..adakah anda berfikir dahulu sebelum bertidak? saya,pemerhati jauh(juga mahasiswa) merasa kesal kerana anda tidak berfikiran jauh..tindakan anda ini boleh mendatangkan api permusuhan..adakah tidak ada satu pun kebaikan dalam BTN? adakah anda tidur ketika menyertai BTN? BTN lah antara benteng yang mampu menyedarkan golongan-golongan yang menentang hak istimewa orang melayu dan bumiputra..yang mana program ini menerangkan kepada bangsa lain mengapa kita(melayu dan bumiputra) diberi keistimewaan di tanah Melayu(malaysia) sejak lama dulu lagi...anda tahu,ada golongan india tidak berpuas hati setelah mereka diberitahu tentang kenapa kita diberi keistimewaan..ada golongan cina yang marah jika dibangkitkan isu tragedi 13Mei1969..anda tahu betapa golongan mereka mempertikaikan hal berkaitan dengan Ketuanan Melayu? melaui BTN sajalah perkara ini akan dijelaskan secara baik..

Tanpa Nama berkata...

melayu semenanjung racist

Tanpa Nama berkata...

lol..dlm btn, kat melayu ckp lain..
kat bangsa lain depa ckp lain..last2 tmbah masalaah ja..

Tanpa Nama berkata...

no.7 ni lain mcm ja coment..

Tanpa Nama berkata...

melayu rasis? kalu melayu rasis,xde dah bangsa lain yang akan wujud kat malaysia ni oiiii wahai no.8...

Tanpa Nama berkata...

no.10,ape yang lain nye komen no 7? aku tgk die duk bg ceramah jer....hahahahahaha