Bicara Siswa


Selasa, 29 Disember 2009

BOIKOT PENDAFTARAN KOMPUTER!!

Salam 1Malaysia,


Seperti yang anda sedia maklum, setiap desktop mahupun laptop bagi setiap penghuni-penghuni di Kolej Kediaman  Tan Sri Aishah Ghani telah pun diarahkan untuk didaftarkan kepada pegawai-pegawai unit ICT yang berlangsung sepanjang 28-30hb disember ini. 


Sehubungan itu, krew UniMAPkini menyeru kepada semua penghuni agar MEMBOIKOT terus pendaftaran tersebut, dan juga menyeru kepada ahli yang bertanggungjawab agar bangkit untuk menyatakan bantahan anda. Seruan boikot ini kerana pendaftaran ini tidak telus dan pihak ICT UniMAP mempunyai agenda lain disebaliknya. 


Pendaftaran yang dilakukan secara terpilih ini juga telah jelas ianya tidak adil & berat sebelah  dan sudah tentunya  ia mempunyai udang disebalik batu.  Proses ini hanya akan menyusahkan mahasiswa/i dari pelbagai sudut. Hal yang mudah sengaja dirumitkan begitulah sikap pihak ICT yang pastinya mendapat arahan dari pihak tertentu.


Tindakan ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan agar setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan maklumat & berita yang jelas serta bebas untuk menyuarakan pandangan. 


Akhir kata, tindakan luar tabi'e ini harus diBOIKOT bukan sahaja oleh penghuni KKG malah semua siswa/i UniMAP umumnya.