Bicara Siswa


Khamis, 12 Ogos 2010

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik


2010/08/11
KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara

Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner... ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik, katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Najib Tun Razak: Melakar Transformasi Malaysia di sini, semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin mahu mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di IPT awam membabitkan diri dalam parti politik.

Muhyiddin berkata, kebenaran berpolitik di IPT tidak boleh disamakan seperti kebenaran guru berpolitik di sekolah kerana murid sekolah belum boleh terbabit dalam politik berasaskan faktor usia yang masih mentah, sekali gus tidak memberi kesan kepada golongan itu.

Kalau di kampus sasarannya kepada politik pastinya akan membawa kesan yang lain. Saya tahu di negara maju ada juga yang menyekat mahasiswa mereka terbabit (politik) kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan kepada akademik, katanya.
Sementara itu, katanya, pembangkang perlu memohon ampun kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang murka dengan tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda menerusi poster pada majlis ceramah di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

Katanya, pembangkang harus memahami kedudukan Raja sebagai payung negara yang tidak sepatutnya dieksploitasi sehingga boleh menjatuhkan maruah dan martabat Raja



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarIPTtetapdilarangberpolitik/Article


3 ulasan:

Are Mie Shop berkata...

salam...kat UniMAP xde pun pilihanraya kampus, mahasiswa xleh bersuara pun..xde pun speaker corner...apa semua yang xkena, xmampu disuarakan...contohnya ada CCTV dalam bilik rehat, especially bilik rehat pompuan...mcm xde otak je orang atas ni...

Tanpa Nama berkata...

nak wat cemana pengarah ict gatai gilerrrrr......

Tanpa Nama berkata...

membelanjakan wang rakyat dengan sia-sia....
mungkin kita boleh membuat aduan kepada kementerian pengajian tinggi.