Bicara Siswa


Khamis, 12 Ogos 2010

Kementerian atur perbincangan minta pandangan pelbagai pihak

GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan diri dalam parti politik. Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya akan menyertai perbincangan meja bulat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin mahasiswa berhubung perkara itu, hari ini. "Kelmarin, saya menerima resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersetuju membenarkan mahasiswa terbabit dalam parti politik dengan bersyarat serta memerlukan penelitian serius. "Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri,” katanya selepas mempengerusikan syarahan Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berhubung Pengajian Tinggi Menurut Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam. Saifuddin berkata, kerajaan bersedia berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membolehkan mahasiswa membabitkan diri dalam politik. "Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya. Tahun lalu, kerajaan meminda AUKU dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran Naib Canselor. Saifudin berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, pihaknya akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan AUKU bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. "Bagaimanapun, perbincangan mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik itu mungkin mengambil masa kerana ia memerlukan kajian terperinci berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mereka," katanya. http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2010/08/10/Mahasiswa-boleh-aktif-politik-diteliti-Saifuddin.aspx "Penulis merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Beliau boleh dihubungi di http://www.saifuddinabdullah.com.my/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa duk sibuk nak bagi mahasiswa terlibat politik,politik kampus unimap pun x de,,hahaha

DaKwAh OnLiNe berkata...

bagi pendapat saya, biar pilihanraya kampus UniMAP dulu yang ada pun xpe dah..belum lagi taraf mahasiswa unimap nak berpolitik kepartian..politik kampus pun buta lagi, sebab kekangan orang atas...harap pihak kementeria dapat buka mata....

Tanpa Nama berkata...

ELEH KORANG NI..bukan u x nak wat prk,tp dah x de org nk masuk..kira menang tanpa bertanding la..kalau korang brani sgt,masuklah prk tahun ni..