Bicara Siswa


Khamis, 10 September 2009

Mahasiswa, anak muda Malaysia serius bincang teras negara

Daripada Mahasiswakini

Suasana pemulihan institusi-institusi penting dalam Negara semakin mendapat perhatian mahasiswa. Beberapa NGO mahasiswa dan anak muda sebelum ini telah memulakan proses perbincangan dan diskusi bagi membangunkan Malaysia.

Beberapa bulan yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) telah mengadakan Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin’09) dalam membincangkan institusi pendidikan Islam Negara sebagai titik mula kepada penyelesaian masalah sosial dan masyarakat.

Kemudian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tampil dengan pengajuran Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan dengan kerjasama Institiut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini juga membuktikan bahawa seluruh mahasiswa dari pelbagai kumpulan NGO dan persatuan sedang menuju kearah pembinaan Negara yang lebih baik.

Dalam pada itu, Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM) dimaklumkan akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara hujung minggu ini. Menurut Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi front mahasiswa tersebut, pihaknya melihat perhimpunan tersebut sebagai “bahang awal” kebangkitan mahasiswa dalam perbincangan masa depan Malaysia.

“Kami melihat ianya (deklarasi) sebagai ‘bahang awal’ dan penegasan bahawa mahasiswa akan turut serta dan kami cakna dalam membincangkan soal Negara ini, dan ini ialah suatu bentuk kopakan minda kepada seluruh mahasiswa Malaysia bahawa telah tiba masanya kita sendiri menentukan pentadbiran Malaysia, apa yang perlu, apa yang tidak perlu,”tegas beliau

Projek yang dimaklumkan akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan dimaklumkan akan dikenali sebagai Deklarasi Mahasiswa bagi Transformasi Malaysia (Trans-Malaysia’09).

“Kita akan himpunkan seramai mungkin mahasiswa seluruh Malaysia bagi membincangkan elemen teras dan domain yang menjadi tunjang Malaysia seperti pendidikan, sistem politik, sistem perundangan, polisi ekonomi dan struktur sosial,” jelas beliau yang juga Timbalan Presiden GAMIS.

Perhimpunan deklarasi mahasiswa tersebut dimaklumkan akan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku tokoh aktivis mahasiswa, disamping beberapa lagi negarawan.

NGO mahasiswa tersebut yang menghimpunkan pelbagai front anak muda termasuk GAMIS, DEMA, PKPIM, KARISMA juga dimaklumkan akan meneruskan pelbagai diskusi ilmuah dan kritikal selepas bentangan dalam perhimpunan mega berkenaan

Tiada ulasan: