Bicara Siswa


Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam "idul mubarak..


1.Hari Raya 'Aidilfitri kini menjelang kembali.Alhamdulillah,syukur kepada Allah memberi umur dan peluang kepada kita semua untuk meraikan hari kemenangan ini.

2.Apakah makna 'aidilfitri itu?
Ia sebenarnya mengajak kita semua kembali kepada fitrah asal kejadian manusia.Fitrah manusia itu suci jiwanya,suka kepada benda baik dan benci kepada keburukan.

3.Hari raya adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya mengawal hawa nafsu kita di dalam bulan Ramadhan.

4.Natijah yang lebih penting adalah apakah nilai taqwa yang kita dapat ambil daripada bulan Ramadhan yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.Sama-sama renungkan...

5.Di sini,UniMAPKini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Haru Raya 'Aidilfitri kepada seluruh warga UniMAP.

Kita jumpa di sambutan hari raya UniMAP,apa akan terjadi...HEHE..

SALAM 'AIDILFITRI...

Rabu, 16 September 2009

Mahasiswa UniMAP mula pulang kampung

Alhamdulillah,telah dekat waktu untuk sambutan Hari Raya 'Aidlfitri.Maka seperti biasa,mahasiswa-mahasiswa UniMAP akan mula berarak ke kampung masing-masing.

1.Ada yang pulang dengan kenderaan awam seperti bas,kereta api dan lain-lain.Moga pemandu tersebut membawa dengan selamat dan sejahtera hendaknya.

2.Ramai juga yang pulang dengan kenderaan sendiri,kereta dan motosikal.(x de yg pakai bas sendiri kot.hehe).Selamat memandu kpd sahabat2 sekalian.Berhati-hatilah kita semua di jalan raya.Ingat orang yang tersayang.Kita tidak mahu berulang kes kematian disebabkan kemalangan maut sepertimana baru-baru ini berlaku kepada kawan kampus kita.

3.Sikap berhemah pemandu amatlah perlu bila berada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.Bagaimana kami tahu,..? Kerana kami pun pemandu seperti anda..hihi..

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing kepada seluruh warga UniMAP.

Selasa, 15 September 2009

Student UniMAP terjun laut..???

Terdengar satu cerita minggu lepas,dikatakan ada seorang pelajar UniMAP terjun ke dalam laut.
Ish2,terkejut betul.Pelbagai versi cerita yang didengar.

Ada cerita mengatakan,dia joging lalu pening dan terjatuh ke dalam air..kesian..tapi,bulan Ramadhan pun joging jgk..hebat2.... Ada kata dia ditolak oleh kekasih dia kerana masalah cinta..aiyoo...x kan sampai begitu sekali..kerana cinta,sanggup nak korbankan diri..atau ada kisah disebaliknya..

Berapa ramai pelajar UniMAP yang mengambil tahu perkara ini??

Atau pelajar hanya tahu study sahaja,sehingga jahil tentang keadaan sekeliling..

Sama-sama renungkan..

"Belajar sambil mencabar,..pengetahuan tak akan terjuntai seperti pisang..bangsamu tak akan termaju tanpa kepimpinan..biarlah mahasiswa mencabar,asalkan selepas itu mereka belajar..."-Prof Diraja Ungku Aziz-

Poco-poco,..apa pendirian kita...??

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

1.Baru-baru ini timbul satu artikel tentang asal-usul tarian poco-poco yang dikatakan berasal dari Filipina.

2.Tarian ini dikatakan ditarikan oleh masyarakat kristian ketika menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

3.Lihat pada cara tarian juga membentuk lambang salib.

4.Allahuakbar..jika betul seperti yg dikatakan itu,maka apa sebenarnya tarian poco-poco yg kita senamankan selalu di kampus kita.

5.Jika juga betul seperti yang dikatakan,apakah hukum tarian poco-poco?? Haram sepertimana Yoga yg diharamkan oleh majlis fatwa?? Kita harap ada respon dari pihak yg bertanggungjawab dalam bidang hukum hakam agama Islam.

6.Adakah kita selaku mahasiswa UniMAP masih ingin menari dgn senaman ini??
dengan alasan anggap ia sebagai senaman..

7.Alasan itu tidak dapat melangkaui hukum agama.banyak lagi senaman yang boleh dilakukan untuk kesihatan badan.Jangan sampai nak sihat,sehingga berani melanggar hukum agama.

8.Sama-sama fikirkan...

Salam intelektual untuk mahasiswa..

Khamis, 10 September 2009

Mahasiswa, anak muda Malaysia serius bincang teras negara

Daripada Mahasiswakini

Suasana pemulihan institusi-institusi penting dalam Negara semakin mendapat perhatian mahasiswa. Beberapa NGO mahasiswa dan anak muda sebelum ini telah memulakan proses perbincangan dan diskusi bagi membangunkan Malaysia.

Beberapa bulan yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) telah mengadakan Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin’09) dalam membincangkan institusi pendidikan Islam Negara sebagai titik mula kepada penyelesaian masalah sosial dan masyarakat.

Kemudian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tampil dengan pengajuran Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan dengan kerjasama Institiut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini juga membuktikan bahawa seluruh mahasiswa dari pelbagai kumpulan NGO dan persatuan sedang menuju kearah pembinaan Negara yang lebih baik.

Dalam pada itu, Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM) dimaklumkan akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara hujung minggu ini. Menurut Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi front mahasiswa tersebut, pihaknya melihat perhimpunan tersebut sebagai “bahang awal” kebangkitan mahasiswa dalam perbincangan masa depan Malaysia.

“Kami melihat ianya (deklarasi) sebagai ‘bahang awal’ dan penegasan bahawa mahasiswa akan turut serta dan kami cakna dalam membincangkan soal Negara ini, dan ini ialah suatu bentuk kopakan minda kepada seluruh mahasiswa Malaysia bahawa telah tiba masanya kita sendiri menentukan pentadbiran Malaysia, apa yang perlu, apa yang tidak perlu,”tegas beliau

Projek yang dimaklumkan akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan dimaklumkan akan dikenali sebagai Deklarasi Mahasiswa bagi Transformasi Malaysia (Trans-Malaysia’09).

“Kita akan himpunkan seramai mungkin mahasiswa seluruh Malaysia bagi membincangkan elemen teras dan domain yang menjadi tunjang Malaysia seperti pendidikan, sistem politik, sistem perundangan, polisi ekonomi dan struktur sosial,” jelas beliau yang juga Timbalan Presiden GAMIS.

Perhimpunan deklarasi mahasiswa tersebut dimaklumkan akan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku tokoh aktivis mahasiswa, disamping beberapa lagi negarawan.

NGO mahasiswa tersebut yang menghimpunkan pelbagai front anak muda termasuk GAMIS, DEMA, PKPIM, KARISMA juga dimaklumkan akan meneruskan pelbagai diskusi ilmuah dan kritikal selepas bentangan dalam perhimpunan mega berkenaan

Isnin, 7 September 2009

GAMIS tubuh SPIN, rancang rombak sistem pendidikan Malaysia

Daripada Mahasiswakini

Gejala sosial dan kebobrokan perilaku generasi Malaysia sekarang dilihat mempunyai perkaitan dengan sistem pendidikan.

Selepas melakukan beberapa projek pencerahan sistem pendidikan dan intelek seperti Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin09) pada bulan Julai yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) kini meneruskan misi reformasi sistem pendidikan negara dengan mewujudkan Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN).

“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji, dan di bincang dalam Ko-Spin ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini,”ujar Pengerusi SPIN, Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said.

Naqiuddin menyatakan sebelum ini bahawa anggota sekretariat tersebut telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja yang lebih berkesan.

“Jadi disini, kami (SPIN) memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan Islam sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat Islam menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini,”tambah beliau yakin.

Sekretariat itu juga dijangka akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama’ dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPIN, Amir hamzah Akal Ali juga menyifatkan bahawa sistem pendidikan Negara telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama’ dan ilmu dunia hanya untuk para saintis.

“Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi ‘burung kakaktua’ yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan,” respon beliau lagi

Sambil menyatakan projek tersebut merupakan “sumbangan GAMIS kepada masyarakat”, Naqiuddin juga memaklumkan pihaknya juga akan mengumpul beberapa aktivis intelektual muda bagi turut menyumbang idea kearah kejayaan projek jangka panjang berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi kumpulan mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara yang akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan.