Halaman

Sabtu, 7 November 2009

Mahasiswa Bantah Yuran Mahal

kuis 1Seramai  2500 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor  mengadakan demonstrasi  aman semalam mendesak  pihak  pentadbiran menurunkan yuran pengajian kolej university tersebut.

Demonstrasi tersebut berarak bermula  dari perkarangan First Kafe sambil mengibarkan sepanduk dan poster  antaranya tertera “sampai bila mahasiswa makan maggi”, “Yuran naik,mahasiswa kelaparan” dan “mahasiswa tuntut yuran turun” berakhir di Taman Ilmu bagi mengadakn perhimpunan di situ.

kuis 1

Kumpulan Mahasiswa berkenaan yang menubuhkan Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) mendakwa yuran di kolej tersebut terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan  dan kemudahan yang disediakan.

Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad  Kamil ketika diminta mengulas mengenai  demonstrasi tersebut,mengatakan ianya  sebagai  hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.

“Sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”

Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan  lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut  menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.

kuis 1“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”

“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.

Demonstrasi tersebut berakhir dengan penyerahan daripada Presiden GMS kepada setiausaha Rektor En.Azmi.


kuis 1

GMS yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar mula bertindak serius pada 27 Oktober 2009 apabila melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan yang kebanyakannya tidak berpuas hati terhadap yuran yang dikenakan.-Mahasiswakini

26 ulasan:

  1. cakap baik2...

    demo secara aman,bukan kacau bilau...

    pk positif la cket..

    BalasPadam
  2. alahai....

    semua demo mula la cara aman...

    pastu ada la kutu luar masuk...

    lepas tu...jadik kecoh laaa....

    tak penah tgk berita ka....

    BalasPadam
  3. Salam,

    Tuan editor...
    Artikel ni tak lengkap...

    Berapa yuran sekarang....
    Mengapa tidak ditulis...
    Apakah tuntutan yuran yg sepatutnya....

    Mohon agar artikel yg ditulis penuh dengan fakta...
    Agar pembaca tidak tertanya2...
    Kalau bole upload ler memorandum yg tebal dalam gambar tuhh....

    BalasPadam
  4. amboi ko editor..
    kn da kne dgn no4..
    tu la..
    len kali bg lengkap statement tu..
    blog pembangkang konon..

    BalasPadam
  5. sila jaga pertuturan anda apabila mengutuk fizikal seseorang kerana anda juga seperti mengutuk pecipta kepada individu tersebut.

    BalasPadam
  6. editor nak suh hampa semua pi demonstrasi lahh....

    so tak perlulah tahu detail memorandum tuhh...

    cepat2 ikat kepala dan pi demonstrasi....

    BalasPadam
  7. hmm....editor kate 2500 pelajar

    dalam gambar macam beberapa kerat jer...

    ntah2 dapat upah aper....

    BalasPadam
  8. terima kasih no 8...
    ana minta maaf.....

    BalasPadam
  9. kecian ana tgk...

    memalukan universiti kat malaysia saja...

    org luar pon takut nak dtg nanti....

    mak bapak depa tak malu kaa....

    BalasPadam
  10. situasi sebegini harus diperjelas oleh pihak pengurusan universiti...dalil2 dan sebab2 harus diberitahu kepada pelajar agar semua kekeliruan dapat ditangani....mungkin ada sebabnya mngapa perkara ini berbangkit...jadi harus ditangani secara profesional..membuat demonstrasi x salah..
    mungkin selama ini pihak U hanya acuh x acuh akan perkara ini..jadi fikir2kanlah..
    demi ilmu dan ketamadunan manusia sejagat

    BalasPadam
  11. kalo xbuat camni..top managemnt xsedar..
    ni bg sedar sket...

    BalasPadam
  12. membuat demonstrasi tak salah no 10....

    cubalah tgk berita tu...

    apa jadi bila ada demonstrasi...

    menyusahkan rakyat....

    hura hara dan kecohhh....

    tak penah tgk berita kaaaa....

    BalasPadam
  13. hahha.. budak unimap ni x tau dunia luar ke?? terperuk kat unimap je?? bende ni dah heboh la.. p la cari kat tenet.. sian kat editor kene kutuk...komen2 kat ats nampak macam segelintir je yg bleh di panggil MAHASISWA unimap.. yg laen 2.. komen cam budak skolah je.....
    yg no 9.. 2 mengaku mahasis ke?? komen cam budak skolah je aku tegok.. hahahahahaha.. ape yg ko nak malukan wei???

    BalasPadam
  14. no 13 muka tak malu...

    muka tembok kot....

    asyik harapkan tenet ja......

    ntah betol ntah tak...

    kalau dok baca baca unimapkini...

    dpt fitnah jer lah....

    BalasPadam
  15. woi no 13...
    kalau hang terra
    habaq mai berapa yuran LI depa tuh....
    berapa banyak depa nak suh turun.....

    cuba hang habaq mai sat....

    tok sah dok sembang kemas.....

    BalasPadam
  16. aku ada sorang kenalan di KUIS... mmg yuran utk satu sem di KUIS amat mahal... satu sem kna bayar dalam 5 ribu lebih... ini adalah fakta. aku sendiri pun terkejut bila mmber aku kata yuran KUIS mahal smpai 5 ribu.. sbb itu demonstrasi itu dibuat.

    BalasPadam
  17. keh keh keh...

    ingatkan unimap punya yg termahal....

    amacam editor.......

    BalasPadam
  18. no 17 ni x ikut perkmbangan semasa ke?
    mmglah yuran kuis ni mahal drpd unimap, sbb kuis ni swasta. unimap ni kan kerajaan...

    yg masalah yuran unimap mahal adalah yuran LI. jauh mahal dri univrsiti lain.

    BalasPadam
  19. 2500? 200 pun tak sampai.. Mungkin campur yang tengah belajar sekali kot..

    Apapun, kalau boleh kajian perbandingan dengan IPTS lain adalah lebih baik. Kajian pula lebih spesifik dengan mengambil kira yuran pengajian (berapa per jam kredit) dan yuran kemudahan yang lain..

    BalasPadam
  20. ala yuran msu pun mahal gak.....rnung2 kan!!!

    BalasPadam
  21. 2500 tu...

    termasuk kucing, anjing, katak, tikus, nyamuk, lalat....

    serta serangga yg lain2 lahhh......

    jin saya kurang pasti pulak..

    sila dapatkan kebenaran dari tuan editor

    BalasPadam
  22. no 21 budget lawak gile... nak suro orang yg bace komen ang tu gelak ke? ayat x matang.

    BalasPadam
  23. kalo sampai 2500 turun demo nak malu ker???....takyah kater ape laaa~kalo korang tu anti sngt demonstrasi malaysia neh tak merdekaaaaa laaaaa~ni la muda mudi lupa sejarah bnyk sngt....blaja nak exam jer....yg gagasan malayan union tu bukan org melayu sume buat demo ker??berkabung laaa......tu la nak kate kalo pemimpin zalim mmg tamo dengar ape org kate.....kene wat camni baru jadik~mende ni alih alih warisan mak nenek kiter gak.....takyah la nak bising2 malu malu.....india pon merdeka sbb mogok,demo gak~alahai lam-pi laaa korang yg kate demo tu wat malu mak bapak(lambat pick-up=especially yg no 9)!!!fikir laaaa....maner lagi peristiwa penting yg terpahat dlm sejarah sbg demonstrasi dan berjaya???bnyk laaaa~aku consider ko belom amek titas la yg malo sngt tu....ahahaha, aku doa ko dpt A la titas tu yerk~muahhhh

    BalasPadam
  24. uit editor unimapkini...
    pecite..??banyak fakta salah ni...
    eerrrmm...
    klaulah edit unimapkini terror sgt2...
    konon nye owg nk tgkp pom xdpt..
    sayer CABAR editor unimapkini cari fakta sal bayaran yuran student unimap,ump,uthm n bbrp lagi universiti yg kos engineering...paparkan kt cni...n bandingkan u mn yg tbaek....
    amacam editor unimapkini...???x brani sahut cabaran kew wahai editor unimapkini..????xkn brani kutuk owg jew kot..

    BalasPadam
  25. ya betollll....
    tahniah no 24

    BalasPadam
  26. come on guys!yuran marked up sket da huru-hara..at least,UNIMAP punyer fee xstinggi IPTS yg len..tu kan pelaburan utk masa hadapan.so,knp prlu prtikai..xyah la over sgt..kalau xmmpu,stop je la blaja tu...msk u len..

    BalasPadam