
Hal ini berikutan tidak ada jawapan dan respon balas daripada menteri berkenaan atas persoalan yang diajukan oleh gabungan tersebut terhadap sistem pengundian elektronik (E-Undi).
Khaled semasa ditemui wakil BANTAH pada 11 Okt lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dimaklumkan akan menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan mahasiswa terhadap sistem pengundian berkenaan dalam masa terdekat.
Namun beliau gagal menjawab, lalu diberikan masa 3 hari lagi untuk menyediakan jawapan.
Walaubagaimanapun, beliau tetap gagal memberikan sebarang respon yang ditimbulkan oleh gubungan mahasiswa berkenaan walaupun selepas diberi memorandum dan kajian lengkap berkenaan kelemahan sistem pengundian E-Undi.

“Kami (BANTAH) akan panggil Khaled berdebat jika beliau masih ‘tidur-tidur’,” ujar beliau.
Terdahulu, BANTAH yang menggabungkan lebih 18 organisasi mahasiswa sebulat suara untuk menolak penggunaan sistem penggundian elektronik E-Undi bagi pilihanraya kampus (PRK) akan datang.
Aizat semasa mengulas semalam memaklumkan telah membuat kajian berkenaan kelemahan sistem tersebut disamping perbandingan sistem sedia ada yuang dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Multimedia (MMU).
Dalam pada itu, di Universiti Malaya (UM), ada dakwaan yang menyatakan wujud pertelingkahan antara Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan pengurusan kampus tersebut berkenaan pengurusan sistem terbaru itu.
PTM sebagai pengendali sistem didakwa “sudah kurang yakin dengan pengurusan kampus”.
Laporan lanjut akan menyusul.-mahasiswakini
macam2 ada......yg pertama yahuuu
BalasPadamsistem pengundian elektronik (E-Undi) aku rasa memang masih banyak kelemahannya, sedangkan pilihanraya umum negara pon pakai undi manual, ni kan kita,hanya sebuah universiti nak menggunakan sistem pengundian elektronik (E-Undi).
BalasPadammemang aku tak nafikan zaman semakin maju,dan kita kena seiring dengannya,akan tetepi,kajian yang benar2 mendalam perlu dilakukan,agar penggunaan sistem pengundian elektronik (E-Undi) lebih telus ....
"pengkritik_sinis"
btul 2, lgpun ad mengatakan e-voting ni mcm menjadi ujian utk pru 13 yg akan dtg. lgpun undi itu rahsia.
BalasPadamguna sms la senang, dapat duit hahahahahaha
BalasPadam